Serabut

Dua tiga malam dah tidur lewat. Kerana buku oktober yang menyerabutkan pada mulanya. Dan akhirnya seluruh kehidupan dalam diri aku jadi serabut. Serabut fikir assignment yang makin banyak. Memang tak payah kata la. Tambah pulak serabut. Rasa suka sayang dan mungkin dah tahap kasih. Wajib dihentikan serta merta. Sangat serabut.

Serabut bila fikir kena move on sendiri. Move on kedepan. Move on lepas 8tahun kebelakang. Sangat sangat serabut bila fikir. Aku bukan la gatal sangat sampai tak boleh terima hakikat. Cuma untuk move on, aku rasa ambil masa jugak la kot. Nasib la aku ni hipokrit cemerlang. Hipokrit cemerlang yang memang tak pernah tunjuk rasa sebenar kat luar. Senyum ketawa tak lekang bila dengan yang lain. Fokus belajar, fokus buat assignment bila masanya. Makan bila lapar. Tak pernah rasa hal serabut ni meneffectkan kehidupan seharian. Semua berlaku macam biasa. Tapi satu jela masalahnya. Tak boleh tidur malam sebab asyik terfikir. Tangan tak boleh pause untuk tengok update kau dekat insta, twitter dan facebook.

Allah dah tunjuk, oktober adalah pengakhirannya. Oktober adalah hint untuk aku berhenti. Oktober adalah untuk aku bina cerita baru. Oktober yang aku beria nak, akhirnya aku rasa nak buang depan rumah kau. Sebab tersangat annoyed dengan oktober.

Oktober yang menyerabutkan. Harap  november sabtu ni lebih baik. 

Salam~~