Cakap

Cakap salah
Tak cakap pun salah

Respon salah
Tak respon pun salah

So, what should I do?

Bercakap dengan yang tak nak kalah. 

Tak kan menang tanpa pertumpahan darah.

Since mental pun dah koyak akhir-akhir ni.

Biar la dia berdarah.

Hilang

aku rasa hilang
jiwa aku menunjukkan lubang lubang kecil
jiwa aku memaksa aku menangis
menangis dengan keadaan
keadaan yang tiada soalnya dengan aku
tetapi memberi impak yang besar dalam aku

rasa hilang kerana sayang
sayangnya pada insan yang datangnya cuma seketika
datangnya menyerikan hidup ramai orang
perginya menyepikan hati aku

tiada soalnya dengan aku
tapi kerana darah yang mengalir
ia juga soal ku
ia juga masalah ku
ia juga diri aku
kerana darah yang mengalir
lebih pekat dari air
jadi ia soalku tanpa aku mahu

jujurnya aku ingin lari
lari dari realiti
realiti yang perit
ianya pahit
bukan hanya pada yang hilang
tapi juga pada yang tinggal