22 JULAI 2018, 0000, 26 TAHUN

21 julai 2018, 2341, 25 tahun 11 bulan 29 hari 23jam 41minit

Waktu ni aku baru lepas menangis. Sebelum tu aku baru lepas bersihkan mak sebelum masuk bilik dan menangis. Aku menangis kerana sakit pinggang sakit kepala sakit hati. Fizikal mental rohani jasmani aku goyah seketika. Kuat semula semasa sedang menaip tulisan ini. Boleh tersenyum semula. Sakit yang tinggal hanya yang dihati. Aku perlu kuat bukan untuk aku tapi untuk mak. Aku bukannya baik. Jadi aku kena kuat kerja keras. Tahan segala rasa. Telan hadam buang. Untuk terus kuat. Tidak menjadikan rasa sebagai titik barah yang aktif merosakkan dalaman aku lalu menunjukkan kerosakkan diluaran aku juga. Kuat bagi rasa mudah di hadam dan dibuang tanpa merosakkan mana mana bahagian dalaman aku. Dan aku mampu terus kuat untuk menjadi manusia berumur 26 tahun yang mampu melakukan tugasan yang aku harus lakukan. 

No comments: